Sunday, August 3, 2008

Pemerolehan Bahasa

PENGENALAN

Pemerolehan bahasa sering dikaitkan dengan cara-cara bahasa dikuasai oleh seseorang kanak-kanak. Asas kenyataan ini adalah berteraskan hipotesis yang ditemukan oleh ahli psikologi dan ahli bahasa yang tersohor dalam abad yang lalu. Sama ada baasa pertama atau pun bahasa kedua, pemerolehan bahasa terjadi setelah melalui beberapa proses yanbg sistematik. Pemerolehan bahasa pertama terjadi ketika kanak-kanak yang bewlum pernah belajar bahasa apa pun mulai belajar bagi kali pertama. Jikalau kanak-kanak itu menguasai satu bahasa, kanakan itu disebut ekabahasawan. Sedangkan, jika kanak-kanak itu memperoleh dua bahasa serentak dan menguasainya kanak kanakkanak itu disebut dwibbahasawan. Jikalau yang diperolehnnya lebih daripada dua bahasa serentak maka kanak-kanak itu disebut gandabahasawan.


Antara cabang linguistik itu adalah seperti yang berikut:
· Linguistik umum,
· Linguistik deskriptif,
· Linguistik perbandingan,
· Linguistik sejarah,
· Linguistik terapan.

Walaupun banyak cabang linguistik, pembelajaran kita hanya mengkhusus cabang linguistik deskriptif, iaitu cabang linguistik yang mengkaji bahasa mengikut cara saintifik. Tugas utama pengkaji ialah menghuraikan segala aspek bahasa dengan menggunakan dasar-dasar tertentu. Kajian dilakukan pada suatu jangka masa yang tertentu, berdasarkan bahan-bahan yang terdapat pada masa itu. Dalam linguistik deskriptif terdapat analisis yang meliputi bidang fonetik, fonemik dan tatabahasa. Sebagai contoh, kajian yang dibuat terhadap penggunaan bahasa Melayu di kalangan penuntut Fakulti Pergigian Universiti Malaya hendaklah dilakukan pada tahun kajian yang ditetapkan oleh pengkaji. Di samping itu, skop kajian juga perlu ditetapkan.

Bahan utama kajian ini ialah bahasa lisan atau pertuturan daripada penutur jati. Namun, ada juga kajian dibuat terhadap bahasa tulisan.

Linguistik deskriptif mengkaji bidang-bidang yang berikut iaitu:

Ø fonologi (bunyi) ;
Ø morfologi (pembentukan perkataan); dan
Ø sintaksis