Linguistik didefinisikan sebagai kajian terhadap bahasa yang bersifat saintifik.
Kenapakah linguistik dikatakan sebagai kajian bersifat saintifik?
Kajian ini dikatakan saintifik kerana cara-cara yang digunakan bersifat empirikal, dan kajian yang dilakukan itu ialah kajian yang berdasarkan apa yang dilihat, dirasa dan didengar, yang mengetepikan unsur-unsur sentimen dan prasangka. Hal ini bermakna pengkaji mesti akur pada:
· penggunaan eksperimen yang terkawal,
· pegangan unsur-unsur keobjektifan,
· penyebaran hasil kepada umum supaya dapat disahkan kebenarannya oleh orang lain.