Sunday, August 3, 2008

Teori Huraian Bahasa

Sesetengah orang menganggap teori sebagai perkara yang membosankan. Hal yang sedemikian ini berlaku kerana kita terpengaruh dengan tanggapan bahawa teori susah untuk difahami dan dikuasai.

Teori Tradisional (Panini)

Kajian bahasa dibuat terhadap bentuk-bentuk tulisan.
· Ahli bahasa Arab mengkaji tulisan Al-Quran dan orang Hindu pula mengkaji tulisan Sanskrit.
Bahasa boleh berkembang.
Setiap bahasa ada hubungan dengan bahasa induk
Tatabahasa bersifat sejagat, berasaskan tatabahasa Yunani dan Latin.
Bahasa merupakan cabang ilmu falsafah yang menyelidik tabii alam.
Kajian bahasa bersifat deduktif- mementingkan hukum-hukum sesuatu bahasa.
Pengkaji juga menetapkan golongan kata kepada kata nama, kata sifat, dan kata kerja.
Teori Struktural (Bloomfield)
· Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem dan ayat.
· Ciri-ciri bahasanya bersifat pertuturan, bersistem,arbitrari, dan untuk perhubungan.
· Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan fakta-fakta yang dilihat.

Teori Tranformasi Generatif (Chomsky)
· Penutur jati boleh menggunakan bahasa apabila berhadapan dengan pelbagai keadaan.
· Bahasa adalah sistem tentang rumus-rumus bahasa.
· Ayat mempunyai struktur dalaman dan permukaan.
· Pengetahuan bahasa merupakan suatu fenomena mental.
· Penutur dilahirkan dengan kecekapan semula jadi.
· Bahasa bersifat sejagat dan kreatif.

Teori Fungsional (Halliday)
· Struktur bahasa ikut fungsi dalam komunikasi.
· Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika seseorang berkomunikasi.
· Terdapat fungsi sosial yang terdiri daripada 3 fungsi iaitu fungsi idea, fungsi interpersonal, dan fungsi tekstual.Fungsi sosial bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sistem bahasa